Sunday 15 November 2015

KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN

MENCARI KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN?

SERING MEMBACA YASIN, TETAPI MASIH BELUM MERASAI HIKMAH/NIKMATNYA?

Setiap hari khamis malam jumaat, kita sering membaca yasin...namun..kita hanya membaca...tidak pernah berusaha merungkai atau memahami setiap ayat yang di baca..

Nah! bagaimana ingin merasai nikmatnya jika kita tidak dapat mengambil hikmah di dalam setiap ayatNya...

Oleh itu bersempena dengan tahun 1437H ini, marilah kita memulakan lagi satu langkah menuju Allah S.W.T dengan cuba memahami apa yang tersirat di dalam surah yasin..

InsyaAllah..di dalam buku terbitan furqanworks sdn bhd, terdapat formula-formula kehidupan yang di kupas berdasarkan ayat-ayat di dalam surah yasin..

Boleh dapatkannya di link ini:

http://furqanworks.onpay.my/order/form/theyasin/Maryam_Ramli

Antara sedikit formula yang dikongsikan di dalam Yasin Kecil : 10 Formula Keberkatan Hidup & Keredhaan Ilahi ialah, jika dihayati ayat 55-58 yang menceritakan betapa indahnya syurga...pasti semua orang mengidam-idamkanya bukan?!..Jadi apakah formula untuk mendapatkannya??..
Semuanya ini ada di kupas di dalam The Yasin..

InsyaAllah...banyak lagi manfaat yang bakal diperolehi daripada buku ini..

Perkara yang baik di kongsilah bersama...
Agar sama-sama mendapat RedhaNya..
Perkara yang buruk, biarlah disimpan sekemas-kemasnya..
Agar tidak menambah dosa yang belum tentu habisnya..

Wallahualam...



Saturday 14 November 2015

Bismillahirrahmanirahim...

BAHAGIA???

Apa itu bahagia?....

Bahagia ialah, kita rasa gembira dengan kebahagiaan orang lain. Tidak ada rasa sekelumit pon rasa iri.

Bahagia ialah, kita mampu mendoakan orang yang sedang bahagia agar kekal dengan kebahagian dan dilimpahi lagi dengan kegembiraan yang tidak di duga.

Bahagia yang sebenar ialah apabila, mereka yang disekeliling mengecapi bahagia. Mana mungkin, kita mampu tersenyum di saat orang di sekeliling mu menitiskan air mata. Mana mungkin kita mampu tertawa, ketika dihadapanmu ada yang meraung hiba...

Ya Allah, sungguh aku sangat bersyukur dengan kebahagian yang telah Kau berikan padaku di ketika ini, juga di waktu yang telah berlalu dahulu..dan terima kasih untuk kebahagiaanku yang akan datang.

Sungguh, aku yakin akan janjiMu. Barangsiapa yang membahagiakan orang lain, pasti Allah akan menambahkan nikmat itu kepadanya..

Semoga diri ini tidak menjadi seorang yang kedekut dengan kasih sayang. InsyaAllah...

"Keep curve a smile, the world will be yours"


Wednesday 18 February 2015

Indahnya CiptaanMU


Bismillahhirrahmanirrahim...

Subhanallah..indahnya ciptaan Allah.
Di saat hati resah..gundah gulana..fikiran runsing..antara tempat yang paling sesuai untuk tenangkan hati & fikiran ialah tempat-tempat alam semulajadi..seperti laut, pantai, hutan..kenapa?? Kerana di situ makhluk-makhluk Allah sentiasa berzikir. Burung-burung yang berkicauan, daun-daun yang melambai-lambai..deruan angin..hempasan ombak...ohh..alangkah indahnya..alangkah tenangnya...kesemuanya patuh dan taat akan perintah Allah..